Lagi RM200 juta untuk KKM perangi gelombang ketiga Covid-19

May 23, 2021 · Isu semasa

Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM200 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjayakan beberapa langkah memerangi pandemik Covid-19 susulan peningkatan jangkitan dalam gelombang ketiga sekarang ini.

Peruntukan itu akan digunakan khususnya bagi meningkatkan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan katil di hospital KKM, hospital pengajar universiti dan menyediakan hospital medan Kementerian Pertahanan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan itu juga bagi membeli peralatan, ubat dan bahan guna habis yang berkaitan, seperti peralatan perlindungan diri (PPE), selain melantik pegawai perubatan secara kontrak membabitkan pesara KKM.

“Kementerian Kewangan akan terus memantau keadaan dan berurusan dengan KKM serta kementerian berkaitan jika memerlukan sumber tambahan.

“Kerajaan tidak akan berkompromi berhubung isu nyawa, dan keutamaan akan terus diberikan bagi menyokong sistem kesihatan awam, terutama ketika krisis COVID-19,” katanya dalam sidang akhbar khas secara dalam talian, semalam.

Peruntukan tambahan itu menjadikan keseluruhan peruntukan kepada KKM setakat ini mencecah RM1 bilion.

Terdahulu, KKM memaklumkan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) setakat 21 Mei lalu di seluruh negara meningkat kepada 91 peratus, berbanding 83 peratus pada 20 Mei.

KKM berkata hospital di sekitar Lembah Klang mengalami kesan serius apabila kadar penggunaan katil ICU sehingga 21 Mei lalu mencecah 113 peratus.

“Bagi menampung peningkatan ini, hospital terpaksa menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Madinah larang arwah suami lobi Najib dapatkan jawatan Ketua Audit
March 30, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
2,714 orang terima ubat PrEP setakat 30 Sept: Menteri
November 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok