Lagi kes sembuh tertinggi dicatat

September 19, 2021 · Isu semasa

Seramai 23,469 pesakit disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, antara jumlah tertinggi melebihi kes positif harian yang pernah direkodkan sejak jangkitan pertama Covid-19 dikesan awal tahun lalu.

Jumlah tertinggi pernah direkodkan pada 9 September lalu membabitkan seramai 24,855 pesakit sembuh, diikuti pada 13 September (24,813 pesakit ), dan 2 September (23,473 pesakit).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada lebih 1.86 juta kes, berbanding lebih 2.09 juta kes positif.

Pada masa sama beliau berkata sebanyak 19 lagi kluster baharu dikesan di seluruh negara menjadikan keseluruhannya 5,282 kluster dengan 3,934 telah ditamatkan dan 1,348 lagi masih aktif.

Daripada jumlah itu 13 membabitkan kluster tempat kerja, empat kluster komuniti masing-masing di Johor, Pahang, Selangor dan Kelantan, dan masing-masing satu kluster pusat tahanan di Pulau Pinang dan kluster kumpulan berisiko tinggi di Sarawak.

Empat daripada kluster tempat kerja direkodkan di Pahang; Johor (tiga), Perak (dua); dan masing-masing satu di Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, dan Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata daripada 14,954 kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam hari ini 1,365 membabitkan rakyat asing.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 243 kes atau 1.6 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5; manakala 14,711 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Beliau juga memaklumkan seramai 1,192 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 882 disahkan dijangkiti Covid-19, manakala 312 kes lagi disyaki dan dalam siasatan.

Katanya, seramai 665 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, yang membabitkan 401 pesakit Covid-19, manakala 264 adalah kes disyaki dan dalam siasatan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok