Lagi kes pemimpin UMNO: Keputusan rayuan Azeez batal pertuduhan rasuah esok

September 4, 2022 · Isu semasa

Pada 1 Julai 2022, Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dan menetapkan 26 Ogos sebagai tarikh baharu.

Bagaimanapun, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, sekali lagi menangguhkan keputusan itu kepada esok (5 September 2022), setelah mahkamah diberitahu bahawa bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malayahakim, mahkamah tinggidanaa (PPUM) akibat acute gastroenteritis.

Rekod mahkamah juga menunjukkan rayuan telah ditangguhkan beberapa kali, dan panel hakim sebenarnya sudah bersedia untuk menyampaikan keputusan pada 26 Ogos, kata Kamaludin yang juga pengerusi panel hakim itu.

Pada 13 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Azeez untuk membatalkan 13 pertuduhan yang dihadapinya itu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad dan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Azeez.

Muhammad berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Selain itu, kata beliau, alasan yang dikemukakan pemohon (Abdul Azeez) adalah defektik, mala fide dan bertentangan dengan polisi awam, selain bermotifkan politik dan tidak berasas.

Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.

Projek itu dilaporkan melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Azeez didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di ibu negara pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017, dan 10 April 2018.

Selain itu dia turut didakwa atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
18 jam lalu· Isu semasa
Peguam Najib beritahu anak guamnya dijanjikan hadiah wang tunai RM1.17 bilion
October 3, 2022· Isu semasa
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
10 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
14 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
14 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok