Kemudahan kepada penerima vaksin lengkap diperluas mulai esok: PM

August 19, 2021 · Isu semasa

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menambah lagi kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Semua kemudahan tambahan itu berkuat kuasa mulai Jumaat 20 Ogos 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan itu akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu terdekat.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata kemudahan tambahan di negeri Fasa Satu itu termasuk makan di restoran dan kedai makan, dan melakukan aktiviti sukan, rekreasi serta riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.

“Sidang Khas MKN juga bersetuju memberikan kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya,” katanya.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata operasi pasar malam dan pasar minggu dibenarkan dengan pihak penguat kuasa serta peniaga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

Aktiviti lain yang dibenarkan juga termasuk perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sehubungan itu katanya, semua kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

“Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenal pasti melanggar SOP.

“Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik Covid-19 ini. Sememangnya, kemudahan ini juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus Covid-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita. Insya-Allah kita menang bersama,” kata Muhyiddin.

Kenyataan penuh di ruang Rencana Agenda Daily

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok