Ladang hutan di Baling diluluskan EIA selepas langkah pencegahan mencukupi

July 10, 2022 · Isu semasa

Laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) terhadap cadangan ladang hutan di Gunung Inas, Baling, Kedah diluluskan setelah Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal EIA mendapati langkah pencegahan, mitigasi dan kawalan pencemaran adalah mencukupi.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata satu laporan EIA bertajuk “Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) for the Development of Forest Plantation in Gunung Inas Forest Reserved Mukim Bakai, Kupang and Pulai, District of Baling, Kedah Darul Aman” diluluskan pada 25 Julai 2013, lapor Bernama.

“Ahli jawatankuasa itu terdiri daripada agensi di peringkat Persekutuan dan negeri serta pakar mengikut bidang yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata antara agensi terlibat ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Turut terlibat Jabatan Pertanian, Majlis Daerah Baling, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kedah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kedah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dan Pejabat Tanah dan Daerah Baling.

Wan Abdul Latiff berkata konsep projek yang dibenarkan adalah pembangunan ladang hutan dengan keluasan tidak melebihi 5,000 hektar yang mengandungi tiga komponen iaitu pembalakan dan silvikultur (penanaman semula spesies kayu atau tumbuhan sedia ada), tebang habis bagi tujuan penanaman getah klon balak dan pembangunan hutan yang terdiri daripada ladang hutan mono-tanaman bagi penghasilan kayu getah dan lateks.

Katanya cadangan projek itu dilaksanakan oleh Penggerak Projek Perbadanan Menteri Besar Kedah, JV Kedah Agro Plantation Sdn Bhd pada peringkat awal dan kemudian ditukar kepada Aman Mega Sdn Bhd.

“Berdasarkan siasatan JAS, satu Notis Arahan dikeluarkan pada 10 Mac 2021 kepada Penggerak Projek memandangkan terdapatnya perubahan konsep asal yang dilaksanakan di tapak tersebut iaitu ladang hutan tersebut telah ditanam dengan pokok durian, bukan pokok getah klon balak,” katanya.

Wan Abdul Latiff berkata pemeriksaan penguatkuasaan terkini JAS Negeri Kedah pada 24 Mei lepas mendapati tiada kerja-kerja penanaman semula anak benih pokok yang dijalankan di Kompartmen 8, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling.

“Tiada juga aktiviti pembalakan aktif atau penanaman semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sehingga hari ini kerana aktiviti tersebut tidak mendapat kelulusan kerja daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Walau bagaimanapun, tanaman tutup bumi telah ditanam dan tumbuh menutupi kawasan tanah yang terdedah,” katanya.

Menurutnya beliau telah mengarahkan JAS Negeri Kedah meneruskan pemantauan dan melaksanakan penguatkuasaan secara berkala serta berterusan bagi memastikan mana-mana aktiviti pembangunan di negeri itu yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (AKtiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 sentiasa mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Beliau juga mengingatkan supaya semua penggerak projek pembangunan yang tertakluk kepada EIA sentiasa mematuhi semua syarat kelulusan Laporan EIA dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada Isnin lepas, bencana banjir dan kepala air yang berlaku kira-kira pukul 4 petang telah menjejaskan 12 kampung di sekitar daerah Baling iaitu Kampung Iboi, Kampung Lata Celak, Kampung Padang Empang, Kampung Bukit Iboi.

Turut terjejas ialah Kampung Masjid Iboi, Kampung Bendang Padang, Kampung Bendang Bechah, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Bukit Tinggi, Klinik Kampung Pisang dan Kampung Sadik.

Tiga sekeluarga berumur antara 14 hingga 53 tahun termasuk seorang wanita hamil, maut selepas dihanyutkan arus banjir di Kampung Iboi,

Berita berkaitan
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
15 jam lalu· Isu semasa
Kos naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen meningkat RM106.1 juta: Laporan Audit
August 3, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
22 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
27 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
36 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
24 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok