Labuan Zon Merah Covid-19

November 26, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengisytiharkan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Zon Merah Covid-19 berkuat kuasa hari ini, susulan peningkatan jangkitan, termasuk sebanyak 159 kes pada Jumaat berbanding 38 semalam, dan dua kluster aktif.

Sehingga semalam Labuan merekodkan 161 kes aktif dengan 134 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 17 ditempatkan di PKRC; lapan dimasukkan ke hospital; dan dua dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan..

Setakat ini, Wilayah Persekutuan itu merekodkan 10,498 kumulatif kes aktif, dengan 10,106 pesakit sembuh, dan 149 kematian.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Labuan terus mencatat peningkatan dalam kadar kebolehjangkitan tertinggi apabila merekodkan Rt 1.19 berbanding sehari sebelumnya sebanyak 1.18.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata dua kluster aktif di Wilayah Persekutuan itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

“Kluster Jalan Jati dicetuskan oleh sekumpulan pelanggan premis makanan dan minuman (F&B) di Jalan Jati di pusat bandar, yang dahulunya sebuah premis hiburan sebelum dijadikan bistro.

“Kluster tersebut muncul pada 21 November lalu dan mula menular dengan pantas, menyebabkan lebih banyak jangkitan,” katanya.

Dr Ismuni berkata kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut.

“Sekurang-kurangnya 18 kes telah disahkan menerusi ujian reaksi berantai polimerase (PCR) dalam kluster tersebut, kita telah menganalisis kadar jangkitan kluster ini yang didapati tinggi,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kluster Bukit Kuda mula dikesan pada 19 November selepas satu keluarga mengadakan majlis pertunangan.

“Kluster berkenaan masih aktif dengan pertambahan bilangan kes positif,” katanya.

Dr Ismuni berkata satu subzon merekodkan 10 kes positif, zon dua (22), zon tiga (19), zon empat (32) dan subzon lima dengan 29 kes.

Beliau berkata dua pesakit, termasuk seorang daripadanya kanak-kanak, berada dalam kategori empat dan lima.

“Kedua-dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Labuan sedang berhadapan dengan turun naik kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktviti perhimpunan sosial,” katanya.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok