Labuan sekali lagi sifar kes baharu Covid-19

Jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi kepada 19,631 kes, berbanding 19,740 kes yang dilaporkan semalam – penurunan empat hari berturut-turut.

Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan sifar jangkitan baharu, selepas kali pertama dua hari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini sambil menjelaskan kumulatif kes positif kini sebanyak 1,444,270 kes.

Bagaimanapun, mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), 10 negeri merekodkan peningkatan kes baharu dengan Sabah melonjak daripada 1,728 kes yang dilaporkan semalam kepada 1,103 kes hari ini, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,765 kes (1,360 semalam) dan Kedah daripada 1,592 kes semalam kepada 1,863 hari ini.

Negeri lain yang merekodkan peningkatan kes berbanding semalam ialah Selangor; Pulau Pinang; Perlis; Pahang; Negeri Sembilan; dan Kelantan.

BERITA BERKAIT
POPULAR