Labuan belum capai 100% populasi dewasa lengkap vaksin: JKJAV

September 9, 2021 · Isu semasa

Hanya 95.7 peratus atau 65,564 individu daripada populasi dewasa di Wilayah Persekutuan Labuan yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga Selasa, menurut rekod dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

Angka itu berbeza dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan, Rithuan Ismail, semalam yang mendakwa 100 peratus populasi dewasa di Labuan sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Bernama memetik kenyataan Rithuan turut mengatakan 100.5 peratus populasi dewasa yang sudah diimunisasi, namun berdasarkan rekod JKJAV sehingga semalam, hanya 102.6 peratus sahaja populasi dewasa di Wilayah Persekutuan itu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Rekod JKJAV itu juga menunjukkan belum ada mana-mana negeri atau Wilayah Persekutuan yang mencapai 100 peratus individu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing baik dari segi populasi dewasa atau populasi keseluruhan.

Peratusan tertinggi populasi dewasa yang melengkapkan dos kedua dicatatkan Lembah Klang sebanyak 98.4 peratus atau melibatkan 6,065,343 individu. Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mengikut rekod itu juga sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada Februari lalu sehingga semalam, hampir 37.4 juta dos vaksin telah diberikan kepada keseluruhan penduduk Malaysia.

Jumlah itu merangkumi 16,492,295 dos atau 50.5 peratus daripada populasi keseluruhan penduduk yang melengkapkan dos kedua, dan 20,943,582 dos atau 64.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dari segi peratusan populasi dewasa pula, sebanyak 70.5 peratus penduduk Malaysia telah melengkapkan suntikan masing-masing, manakala 89.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sahaja, sebanyak 320,452 dos vaksin telah diberikan membabitkan 128,038 dos pertama dan 192,414 dos kedua.

Antara kakitangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC yang ditutup secara rasmi hari ini setelah beroperasi sejak 7 Jun lalu.

Sementara itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC ditutup secara rasmi hari ini, setelah memberi 730,000 dos vaksin sejak mula beroperasi pada 7 Jun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Anas Alam Faizli.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua petugas, penyelaras PPV dan pengamal perubatan swasta yang telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menjayakan program itu.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan dan dilantik sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dan badan bukan kerajaan kesihatan bagi PICK.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
15 jam lalu · Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok