KWSP sedang kaji kaedah cagaran dicadang PMX tanpa beri kebenaran pengeluaran

March 10, 2023 · Isu semasa

Cadangan kerajaan campuran untuk melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran sedang diperincikan agensi pencen kakitangan swasta itu.

KWSP dalam satu kenyataan akan menimbang cadangan terkini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai kemudahan berkenaan.

“KWSP ambil maklum perkembangan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

“Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang,” kata kenyataan itu hari ini.

Anwar ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Prinsip saya ialah wang KWSP adalah untuk simpanan hari tua dan kita beri kelonggaran zaman Covid-19, malah negara yang memberi kelonggaran sama juga sudah membatalkan kaedah itu.

“Tetapi saya masih mendengar pandangan, oleh itu saya cadangkan untuk memperkenalkan satu kaedah bagi permudahkan untuk orang terdesak supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang untuk membuat pinjaman bank dengan cagaran daripada agensi itu,” katanya lagi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pihaknya menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang, ada seorang yang merayu kepada KWSP dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat kat situ.

“Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes. Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat koleteral, dia tidak ‘withdraw’ (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat koleteral itu sebagai cagaran,” katanya.

Berita berkaitan
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
16 jam lalu· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok