KWSP: Persatuan kata cadangan Anwar tambah beban hidup rakyat

March 10, 2023 · Isu semasa

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melihat cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya simpanan itu dijadikan cagaran bagi pinjaman peribadi bank, bukan menyelesaikan masalah, tetapi semakin membebankan hidup rakyat.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berpendapat cadangan itu juga langsung tidak membantu meringankan permasalahan rakyat yang sedang dihadapi sekarang.

Menurutnya tuntutan pengeluaran caruman KWSP secara bersasar antara lain bertujuan membayar hutang piutang dengan beberapa pihak, bukannya untuk membuat pinjaman baharu.

“Cadangan membenarkan wang KWSP dijadikan sebagai cagaran bagi tujuan mendapatkan Pinjaman Peribadi dengan Pihak Bank adalah satu cadangan yang membebankan hidup rakyat!

“Dan ia langsung tidak membantu meringankan permasalahan rakyat yang dihadapi sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (Jumaat, 10 Mac 2023).

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman KWSP sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

Dalam sesi penggulungan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan, dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Azmi berkata pihaknya menerima banyak aduan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pencarum yang membantah sekeras-kerasnya cadangan itu.

Katanya PGIRM juga telah mendapat makluman daripada Peguam kami bahawa di dalam Akta KWSP di bawah Section 51 sendiri menyatakan deposit caruman KWSP tidak boleh dicagarkan kepada pihak ketiga.

“Justeru, cadangan yang dicadangkan akan membebankan rakyat yang sedia maklum tuntutan pengeluaran kecemasan bersasar ini bertujuan menyelesaikan hutang yang tertunggak dari bank, syarikat kredit, Ah Long dan permasalahan lain yang sedang dihadapi oleh rakyat sekarang ini!

“Bukan dengan menambah lagi hutang sedia ada untuk selesaikan hutang yang lain.

“Wang yang rakyat tuntut adalah wang simpanan titik peluh rakyat sendiri dan mengapa dinafikan?

“Diharap pihak kerajaan tidak menjadi ejen untuk menguntungkan pihak bank!,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
1 jam lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
27 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok