KWSP bersasar: Pegawai Anwar enggan jumpa NGO dijemput ke PMO

March 14, 2023 · Isu semasa

Tiga pertubuhan yang mewakili rakyat Malaysia kecewa kerana tidak dibenar bertemu pegawai khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mereka telah dijemput hadir.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berkata pihaknya bersama Global Human Rights Federation (GHRF) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), telah dijemput untuk mengadakan perbincangan berkaitan tuntutan pengeluaran KWSP bersasar di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Menurutnya mereka hadir pada jam 10 pagi tadi di PMO setelah menerima jemputan daripada pegawai berkenaan semalam, bukannya hadir tanpa temu janji.

“Tetapi, selepas menunggu lebih 1 jam 30 minit, PGIRM, GHRF dan PPIM telah dimaklumkan tidak dibenarkan naik ke aras 2 dan seorang pegawai lain akan turun bertemu delegasi atas alasan tiada sebarang dokumen dibenarkan untuk dibawa bersama.

“PGIRM berhujah untuk tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar ini menggunakan data dan statistik sebenar berdasarkan kajian yang telah dibuat, bukan menggunakan mana-mana sentimen atau sembang kosong kedai kopi tanpa fakta dan hujah.

“Jadi bagaimana hala tuju perbincangan hendak dibuat jika tiada data dibenarkan dibawa bersama? Delegasi PGIRM, GHRF dan PPIM membuat keputusan untuk pulang tanpa bertemu mana-mana pegawai gantian di lobi kerana berasakan delegasi tidak sepatutnya dilayan sewenangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi berkata PGIRM, GHRF dan PPIM berasa sangat marah dan kecewa terhadap layanan yang diberikan kepada delegasi yang membawa suara rakyat yang dalam kesusahan.

“Adakah suara rakyat ini tidak penting di mata PMO sehingga temu janji ini dinafikan hanya kerana membawa dokumen sokongan?

“Kejadian ini telah lebih menaikkan semangat PGIRM, GHRF dan PPIM dalam memperjuangkan tuntutan ini dan tidak akan sekali-kali berputus asa,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa wang KWSP adalah hasil titik peluh rakyat, bukan untuk dicagarkan kepada pihak bank.

Menurut Azmi sekiranya Perdana Menteri betul-betul mendengar kesusahan rakyat, wang KWSP seharusnya diberikan secara terus kepada
pencarum, bukan membenarkan pihak bank menjana keuntungan daripada faedah dan fi pengurusan ke atas wang rakyat.

“Adakah kerisauan terhadap masa tua dan wang persaraan ini hanya retorik dan alasan semata-mata untuk tidak membenarkan wang ini dikeluarkan demi menyelesaikan pelbagai masalah dan kelangsungan hidup rakyat?,” soal beliau.

Berita berkaitan
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Empat bulan saya bersabar, kata PMX bidas pengkritik kerajaan campuran
March 18, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
35 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
1 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok