KWSP: Anwar, rakyat kirim salam

May 8, 2023 · Isu semasa

Bekas ketua penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyampaikan salam rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan terkini PMX itu berkait pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Wan Saiful mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bahawa kebenaran pengeluaran KWSP itu memang bukan soal langkah popular sebaliknya ia realiti kesusahan pencarum.

“Saya hanya menyampaikan salam rakyat kepada Anwar Ibrahim. Mereka pun tahu perjuangan menuntut KWSP bersasar ini bukan langkah popular. Ini isu kita rakyat, jauh sekali saya dan rakan-rakan lain nak jadi popular.

Anwar kata “walaupun terdapat banyak tekanan politik untuk meluluskan pengeluaran…”, pelik, dari mana tekanan politik yang Anwar dapat? Rakyat minta pengeluaran KWSP bersasar tapi dapat FSA2 i-Cagar. Order lain, dapat lain.

“Rakyat hilang kerja, kereta motor kena tarik, sewa rumah tak dapat nak bayar. Ini bukan tekanan politik. Ini juga bukan modal PRN (pilihan raya negeri) bagi enam negeri. Ini realiti pencarum-pencarum hadapi kini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar hari ini mengulang pendirian kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran khas KWSP menjelang PRN di enam buah negeri tidak lama lagi.

Katanya kerajaan juga tidak akan gentar dengan taktik pembangkang terus menghasut rakyat untuk mendesak pengeluaran KWSP bersasar.

Katanya lagi, walaupun langkah itu dianggap popular namun ia bukan jalan penyelesaian kepada rakyat.

Dalam pada itu, menyentuh soal i-Cagar yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata Anwar masih belum memberi maklum balas.

“Persoalan yang saya ajukan kepada Anwar kelmarin mengenai nasib pencarum yang blacklist, diluluskan permohonan oleh MBSB tetapi dana disekat masih tidak dijawab.

“Permohonan lulus, duit tak dapat tapi kena bayar ansuran bulanan. Ini menimbulkan keresahan mereka yang menuntut menteri kewangan beri penyelesaian.

“Anwar janganlah lari dari masalah ini. Rakyat dah kirim salam tu. Kita try kalih,” katanya.

Dalam kenyataan sama beliau turut memuatnaik paparan skrin pesanan diterima daripada individu yang tidak didedahkan identitinya.

“Assalamualaikum tuan nanti boleh sampaikan salam kami dari rakyat kepada Anwar? Khabarkan pada beliau jika isu KWSP ini bertujuan untuk tak nak jadi popular, ambil contoh masa PM8 dan PM9 yang nbenarkan pengeluaran KWSP.

“Adakah mereka jadi popular di mata rakyat yang lain? Sedih bila tengok kenyataan dia pasal hal popular itu. sampaikan salam kami kepada dia,” bunyi mesej itu.

Terdahulu, KWSP mengumumkan kemudahan Fasiliti Soko­ngan Akaun 2 (FSA2) bermula 7 April lalu bagi ahli yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing.

FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, de­ngan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

FSA2 diperkenalkan setelah kerajaan tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP bersasar sebaliknya menawarkan kaedah cagaran kononnya untuk membantu pencarum.

Pengkritik menyifatkan langkah membenarkan pencarum mencagarkan akaun KWSP untuk membuat pinjaman sebagai tidak wajar dan hanya akan merugikan pencarum.

Malah bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan mengkritik keputusan yang katanya boleh membawa kepada pelbagai masalah termasuk membebankan peminjam dengan bayaran faedah yang tinggi.

Berita berkaitan
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah
May 31, 2023· Isu semasa
Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
KWSP jual aset runcit di Lembah Klang dan Johor: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
46 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok