Kumulatif positif cecah lebih 3 juta

February 12, 2022 · Isu semasa

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencecah lebih tiga juta, dengan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi jangkitan di Sabah dan Johor dilaporkan meningkat lebih daripada 3,000 dan 4,000 kes.

Semalam, jumlah kes positif terkumpul sejak wabak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu, adalah sebanyak 2,996,361 kes, kurang 3,639 untuk merekodkan angka tiga juta.

Jangkitan Covid-19 mula meningkat sejak 4 Februari 2022 dengan merekodkan 7,234 kes sebelum mencecah 20,939 kes semalam.

Angka terbaharu kumulatif kes positif itu kekal meletakkan Malaysia di tangga ketiga dalam kalangan negara-negara ASEAN, selepas Indonesia dan Filipina.

Susulan lonjakan jangkitan Covid-19, Kerajaan Sabah mula memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa semalam.

Antara peraturan baharu yang dikenakan dalam usaha mengurangkan penularan Covid-19 di Sabah, termasuk menetapkan semua majlis sosial seperti perkahwinan, pertunangan, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, ulang tahun, perayaan, hari kelahiran, ‘reunion’ dan ‘retreat’, adalah dibenarkan tetapi tetamu jemputan tidak boleh terbabit dalam sebarang acara.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun memaklumkan bagi majlis perkahwinan, pertunangan serta resepsi, kehadiran maksimum dibenarkan ialah 150 orang atau 50 peratus kapasiti ruang, mengikut yang mana lebih kecil dan dijalankan dalam tempoh maksimum tiga jam.

“Bagi majlis akikah, doa selamat, tahlil, ulang tahun, perayaan, hari kelahiran, ‘reunion, ‘retreat’ dan lain-lain majlis sosial, kehadiran dibenarkan ialah maksimum 50 orang atau 50 peratus kapasiti ruang, mengikut yang mana lebih kecil dan dijalankan dalam tempoh maksimum dua jam saja,” katanya.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri dipetik sebagai berkata, individu yang menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi anjuran kerajaan dan swasta, perlu menjalani ujian kendiri (saliva) Covid-19 dengan disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.

Katanya, kebenaran penganjuran majlis juga tertakluk kepada kehadiran 150 peserta atau 50 peratus kapasiti ruang mengikut yang mana lebih rendah, di samping pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan tempoh majlis selama dua jam.

Sabah juga membenarkan tempoh kuarantin lima hari bagi individu sudah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, tanpa perlu menjalani ujian RT PCR pada hari kelima berbanding ditetapkan sebelum ini untuk kuarantin tujuh hari dan pada hari kelapan (kuarantin 10 hari).

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
17 minit lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
2 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok