Kumulatif kes lebih 1 juta, doktor pula mahu mogok

July 25, 2021 · Isu semasa

Tatkala sekumpulan doktor merancang mengadakan mogok umum di seluruh negara esok dan tidak mahu bekerja sepanjang hari itu, jangkitan Covid-19 sejak kes pertama mula dikesan di negara ini Mac tahun lalu, kini melangkau lebih satu juta.

Angka ini muncul setelah 17,045 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, sekali gus menjadi yang tertinggi setakat ini pernah dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi penyumbang utama dan tertinggi kepada keseluruhan kes dalam tempoh itu dengan 10,595 kes.

Selangor terus merekodkan jangkitan tertinggi sebanyak 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur 2,045 kes dan Putrajaya 50 kes.

Berdasarkan rekod dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini Kedah merekodkan lonjakan membimbangkan apabila 1,216 individu disahkan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh itu.

Rekod itu juga menunjukkan 10 negeri dan wilayah mencatatkan lonjakan sehinggakan Perlis turut mencatatkan 10 kes baharu Covid-19.

Data 25 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok