Kumulatif kes baharu Covid-19 di Malaysia bakal lepasi 800,000 esok

Kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan peningkatan tinggi dengan Selangor sahaja mencatatkan 3,260 kes, dan Kuala Lumpur (1,550 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 7,654 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif kepada 792,693 kes.

Berdasarkan kepada data dikeluarkan KKM hari ini serta trend penularan Covid-19, jumlah kumulatif kes di seluruh negara sejak virus itu dikesan di Malaysia bakal mencecah lebih 800,000 esok.

Sepuluh daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan turut mencatat kenaikan kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Semalam negara merekodkan 6,387 kes baharu dengan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi negeri dan wilayah di Lembah Klang yang menjadi penyumbang terbesar keseluruhan kes.

Semalam, Selangor merekodkan 2,610 kes, Kuala Lumpur 819 kes, sementara Putrajaya sebanyak 25.

Data 5 Julai 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR