Kumpulan pertama jemaah haji bertolak 31 Mei ke Makkah

May 5, 2022 · Isu semasa

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata segala persiapan bagi urusan itu berjalan lancar dan pihaknya sedang menunggu jemaah menjawab surat tawaran yang dihantar Lembaga Tabung Haji (TH) pada 24 April lalu, menurut laporan Bernama.

“Jemaah yang menerima tawaran itu hendaklah membuat persiapan seperti menyediakan pasport antarabangsa, lengkap vaksin dan mempunyai kesihatan yang baik,” katanya dalam sidang media pada Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 2022 di Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang.

Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini adalah 14,306 orang.

Idris berkata, jumlah jemaah yang akan menyertai penerbangan pertama dan terakhir sedang dibuat penjadualan semula oleh TH.

Katanya, perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan TH untuk diuruskan.

“Pihak TH sedang menunggu mungkin ada jemaah yang menolak tawaran dan TH akan memberikan keutamaan kepada jemaah lain,” katanya.

Beliau mengakui pengurusan haji tahun ini agak mencabar namun yakin TH mempunyai pengalaman dan keupayaan mengendalikannya.

Mengenai rayuan kuota haji, Idris berkata, surat rayuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk diserahkan kepada Raja Salman Abdulaziz dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa agama untuk membuat siasatan mengenai kes tokoh agama didakwa berjoget di kelab malam.

“Saya tidak berani komen kerana benda itu tak pasti. Biar pihak berkuasa siasat,” katanya ketika diminta mengulas klip video yang kononnya memaparkan seorang tokoh agama dan penasihat sultan sedang berhibur di sebuah kelab malam.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
JAKIM kenal pasti lokasi pusat ajaran sesat, Hadi Minallah
August 8, 2022· Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Pembelian bangunan di London dijangka beri pulangan baik: TH
July 23, 2022· Isu semasa
Popular
BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina
February 6, 2023
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
February 6, 2023
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
February 6, 2023
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
11 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor
12 jam lalu · Isu semasa
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok