Kumpulan NST lantik pengarang baharu Farrah Naz

September 13, 2022 · Isu semasa

New Straits Times Press Berhad (NSTP), anak syarikat Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) berkuat kuasa 15 Sept ini.

NSTP dalam kenyataan hari ini memaklumkan Farrah Naz telah berkhidmat di NSTP dengan menyandang pelbagai jawatan sejak tahun 2000 termasuk sebagai pengarang eksekutif, dan terkini beliau bertugas di Rangkaian Televisyen Media Prima sebagai penerbit eksekutif bagi program hal ehwal semasa, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu pelantikan Farrah Naz ke NST sebagai pengarang kumpulan adalah selari dengan strategi NSTP untuk meningkatkan lagi penawaran kandungannya, selain pengalaman luas beliau dalam kewartawan media cetak dan di televisyen dapat membantu Media Prima melangkah ke hadapan bagi memperkukuh operasi berita di semua platform medianya.

Sementara itu, Pengarang Urusan Kumpulan Mustapha Kamil Mohd Janor berkata NSTP akan terus melaksanakan perubahan termasuk dalam pengendalian bilik berita khususnya agar seiring dengan kemajuan pesat dan persaingan sengit dalam industri media.

“Sebagai kumpulan, kami telah mencapai kemajuan yang ketara sebagaimana terbukti dalam prestasi kewangan Media Prima sejak dua tahun terakhir ini. Penerbitan kami yang lain seperti BH (Berita Harian) dan HM (Harian Metro) kini mendahului dari segi jumlah penonton digital di Malaysia dan NSTP berharap dapat mengembangkan NST ke tahap yang sama,” katanya.

Mustapha Kamil berkata sebagai akhbar berbahasa Inggeris yang bertanggungjawab, NST dalam beberapa tahun kebelakangan ini berusaha untuk beroperasi secara bebas daripada sebarang pengaruh luar termasuk pengaruh politik, dan sebagai syarikat tersenarai awam kumpulan itu ditadbir oleh tadbir urus korporat yang ketat serta telus dengan Lembaga Pengarah yang berwibawa.

Berita berkaitan
Entah betul entah tidak sumber NST
February 19, 2023· Rencana
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023· Isu semasa
PM kata kerajaan jamin kebebasan media tapi saman portal buat analisis
September 7, 2022· Isu semasa
Mahkamah tolak saman fitnah Tajuddin terhadap tiga pihak
February 22, 2022· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
11 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
20 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok