Kumpulan jemaah haji pertama dijangka berlepas ke Makkah 4 Jun

May 24, 2022 · Isu semasa

Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei berikutan pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan Rukan Islam kelima itu berbanding kebiasaannya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata anjakan tarikh berkenaan juga adalah berdasarkan rundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan.

Beliau berkata jika dahulu penerbangan yang melibatkan jemaah haji adalah berjumlah 80 penerbangan tetapi ia telah berkurangan sehingga separuh tahun ini.

“Manakala, bagi tahun-tahun sebelum ini jumlah jemaah haji adalah sekitar 30,000 orang, namun pada tahun ini, jumlah jemaah hanya 14,000 orang sahaja.

“Baru sahaja tadi (hari ini) saya bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (Tabung Haji) tanya macam mana penerbangan haji dan beliau menjawab kemungkinan akan diganjak kepada 4 Jun kerana dulu 80 penerbangan sekarang dah jadi separuh,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ar Rahnu Yapeim Akses dan Yapeim Gold Akses Muar di pekarangan Bangunan Mara, di sini.

Dalam masa yang sama, Malaysia juga masih menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan 5,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

Sementara itu, berkenaan dengan Ar Rahnu Yapiem yang melebarkan sayapnya ke Muar, Idris berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya di seluruh negara kepada 213 buah.

“Selain itu, di Muar ini juga dibuka cawangan kesembilan Ar Rahnu Yapeim Akses (Bergerak) dan juga cawangan kelima Yapeim Gold Akses yang menawarkan perkhidmatan skim mikro kredit, penjualan emas terpakai dan pembelian barang kemas dengan harga yang kompetitif,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
12 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
12 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok