Kumpulan dalang sindiket penyeludupan Rohingya diburu

June 8, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri akan memburu kumpulan yang mendalangi sindiket masuk etnik Rohingya yang mendarat di Aceh, Indonesia baru-baru ini, ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata menerima maklumat terdapat usaha kumpulan tertentu yang mencari jalan untuk menyeludup etnik Rohingya itu ke Malaysia menerusi jalan laut dan mereka sedang menjejaki kumpulan tersebut ketika ini.

“… laluannya adalah dari Bangladesh ke Aceh serta cuba masuk ke dalam Malaysia dan Thailand,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Hamzah mengadakan lawatan kerja ke Area Control Centre Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Pelabuhan Klang.

Beliau mengulas perkara tersebut susulan laporan akhbar berhubung kira-kira 80 etnik Rohingya yang telah mendarat di Aceh dan cuba memasuki Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, mengenai isu petempatan Bukit Malut, Langkawi yang dikatakan dipenuhi warga Myanmar, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti masalah tersebut bagi menggubal satu dasar untuk menyelesaikannya.

“Ia telah menjadi masalah besar dan bukan hanya sekarang tetapi sudah bertahun-tahun. Jadi, perkara ini akan jadi agenda utama MKN melalui sesuatu polisi yang boleh menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok