Kuasa Agong isytihar darurat: Hakim tolak permohonan peguam

June 2, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan seorang peguam untuk merujuk persoalan Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat.

Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata mahkamah menolak permohonan itu antaranya atas alasan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar tidak memenuhi syarat undang-undang untuk berbuat demikian (merujuk persoalan Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan).

“Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun ini untuk pengurusan kes,” katanya ketika dihubungi selepas prosiding di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Saleh yang berlangsung secara sidang video, lapor Bernama.

Persoalan itu ialah sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.

Pada November 2020, Syed Iskandar memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia dan antara lain memohon mahkamah memutuskan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tiga peguam dan lima pihak lain selepas permohonan mereka untuk menjadi pencelah dibenarkan oleh mahkamah.

Plaintif juga memohon mahkamah memutuskan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.

Pada 25 Okt 2020, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini selepas mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar serta tindakan penguatkuasaan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
15 minit lalu· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
5 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
15 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
19 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
25 minit lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
38 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
2 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok