Kuarantin sehingga 10 hari pesakit positif Covid-19 mulai esok

January 15, 2022 · Isu semasa

Pesakit positif semua varian Covid-19 tetapi tidak lengkap divaksinasi, atau tiada vaksinasi atau bergejala dikenakan perintah pengasingan selama 10 hari berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketetapan baharu itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penilaian semula bagi tempoh pengawasan dan pemerhatian berdasarkan data, sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kes positif Covid-19 dan kontak rapat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semua prosedur baharu pengasingan dan kuarantin itu turut terpakai kepada mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata bagi pesakit positif semua varian Covid-19 tetapi tidak bergejala dan telah lengkap divaksinasi, dikenakan perintah pengasingan tujuh hari

Menurutnya perintah kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif Covdi-19, termasuk jangkitan varian Omicron, adalah selama lima hari ke atas individu yang telah mendapat dos penggalak dan tujuh hari bagi individu yang telah lengkap vaksinasi dan yang belum lengkap atau tiada vaksinasi.

“Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 menggunakan RTK-Ag, sama ada kendiri atau ke fasilti kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut hari ini.

“Keputusan ujian kendiri hendaklah di masukkan ke dalam MySejahtera,” katanya sambil menjelaskan semua prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai,

Khairy berkata semua kes kontak rapat juga perlu menjalani ujian RTK-Ag sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta pada hari kelima bagi individu yang menjalani kuarantin lima harin, dan hari ketujuh bagi kuarantin tujuh hari.

“Mereka akan diberi pelepasan kuarantin pada hari yang sama ujian pengesanan RTK-Ag dijalankan sekiranya keputusan adalah negatif dan tidak bergejala,” katanya.

Menurutnya KKM juga telah meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes susulan pelaporan kes jangkitan varian Omicron dalam negara.

“Oleh itu, KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optimum serta mengelakkan gejala jangkitan Covid-19 yang teruk serta komplikasinya,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
4 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
13 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok