Kuarantin HFMD sama seperti Covid-19

May 23, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak kembali menular dalam julat angka begitu tinggi dalam tempoh beberapa minggu berbanding tahun lalu.

Pada tahun ini sehingga penghujung April lalu, sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara, berbanding 1,752 pada tempoh sama, tahun lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan hampir 13 kali ganda.

Sepanjang tahun ini juga sejumlah 767 wabak dalam lokaliti setempat direkodkan, tiga negeri tertinggi yang melaporkan kes HFMD ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Perak.

HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang 12 tahun tetapi pesakit kurang 6 tahun adalah majoriti dijangkiti.

Ia ditandai demam panas, diikuti ruam lepuh (blister) pada bahagian mulut, tangan dan kaki. Gejala lain termasuk letih dan tidak bermaya.

Akibat ruam lepuh kemudian menjadi ulser di dalam mulut, pesakit kanak-kanak biasanya enggan mengambil makanan dan mengalami kesukaran untuk menelan.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman , dari segi klinikal, meskipun gejala dan impak HFMD tidak teruk berbanding jangkitan Covid-19, demam panas dalam kalangan pesakit HFMD terdedah kepada risiko sawan dan komplikasi sistem saraf jika gagal dirawat sebaik-baiknya.

“Sebahagian kecil pula boleh mendapat komplikasi serius, iaitu radang pada jantung, paru-paru atau otak yang memerlukan rawatan intensif serta terdedah kepada risiko kematian.

“HFMD ditularkan melalui sentuhan cecair tubuh seperti air liur, hingus, kahak dan najis mereka dijangkiti atau kontaminasi silang dengan permukaan tercemar oleh cecair badan berkenaan.

“Jika dibandingkan penularan Covid-19 melalui sentuhan cecair dari mulut dan hidung serta kemungkinan melalui udara dalam ruang tertutup, HFMD lebih banyak disumbangkan melalui sentuhan fizikal dengan permukaan tercemar daripada mereka sudah dijangkiti serta tidak menitikberatkan kebersihan,” jelasnya.

Tambah beliau, hal ini memerlukan kefahaman masyarakat sudah dibiasakan dengan pencegahan Covid-19 tetapi terlupa dengan kemungkinan jangkitan lain, terutama HFMD.

Disebabkan ia boleh ditularkan melalui najis, kebersihan di tempat persalinan bayi di tandas atau tempat awam serta aspek penukaran lampin pakai buang perlu dilakukan dengan berhati-hati serta menurut garis panduan disyorkan.

“Ibu bapa atau penjaga diingatkan membersihkan kanak-kanak dengan air dan sabun selepas buang air kecil, besar atau menukar lampin pakai buang, selain turut membersihkan tangan mereka sendiri.

“Malah, kanak-kanak berkenaan juga perlu dilap hingga kering bagi memastikan permukaan itu benar-benar bersih, manakala penggunaan tisu basah dan sanitiser sahaja tidak disyorkan sama sekali kerana tidak memadai,” katanya.

Tidak ketinggalan, beliau menasihatkan sempena musim rumah terbuka Syawal ini, ibu bapa yang anak mereka disahkan diagnosis HFMD perlu mengamalkan kuarantin, iaitu tidak membawa anak mereka keluar dari rumah untuk berjalan-jalan ke tempat awam seperti pusat beli-belah, balik kampung, beraya dan tempat rekreasi.

“Hakikatnya, kuarantin HFMD juga sama seperti Covid-19, iaitu keluar dari tempat kuarantin adalah tidak dibenarkan.

“Ibu bapa atau penjaga diberi cuti kuarantin perlu memanfaatkannya untuk memberikan tumpuan penuh terhadap rawatan anak dijangkiti HFMD. Cuti kuarantin bermaksud tinggal di rumah seperti diarahkan hingga anak pulih sepenuhnya dan bebas daripada tanda serta gejala HFMD.

“Melanggar arahan kuarantin bermakna sengaja menyebarkan jangkitan HFMD kepada masyarakat. Laporan tidak rasmi di lapangan menunjukkan ada individu memanfaatkan cuti kuarantin untuk terus ‘memeriahkan’ sambutan hari raya,” ujarnya

Berita berkaitan
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 1,922 dengan empat kematian
June 15, 2022· Isu semasa
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022· Isu semasa
8,000 kes HFMD dikesan di Perak
June 9, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
13 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
24 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
60 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok