Ku Nan ambil RM2 juta, kata penghakiman bertentangan Mahkamah Rayuan

October 31, 2021 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan tepat dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta.

Pada 21 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman terhadap Ku Nan, penjara 12 bulan dan denda RM2 juta, selepas beliau didapati bersalah.

Ku Nan didakwa menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Ahli Parlimen Putrajaya itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu, sementara menunggu rayuan.

Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ku Nan atas tuduhan rasuah, sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta, dengan keputusan majoriti 2-1.

Keputusan itu diumum Hakim Datuk Suraya Othman yang mengetuai tiga panel, termasuk Abu Bakar dan Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin. Suraya dan Ahmad Nasfy merupakan majoriti dalam keputusan penghakiman itu.

Memetik FMT, dalam penghakiman 20 muka surat dikeluarkan pada Jumaat, Abu Bakar berkata dakwaan Tengku Adnan atau Ku Nan yang mengatakan wang terbabit diberikan sebagai sumbangan politik dan bukan kepada dirinya, juga adalah tidak benar.

Ini kerana, katanya, ia tidak pernah dibuktikan menerusi sebarang rekod yang menunjukkan UMNO diberikan wang berkenaan.

Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd Chai Kin Kong menghantar sendiri cek itu secara peribadi kepada Ku Nan, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Wang itu kemudiannya didepositkan ke dalam akaun bank Tadmansori Holdings Sdn Bhd milik Ku Nan.

“Tidak ada rekod menunjukkan Tadmansori memberikan wang itu kepada UMNO selepas menerima cek. Perayu mengambil wang terbabit,” kata.

Abu Bakar berkata Ku Nan ketika membela diri berkata beliau menggunakan wangnya sendiri untuk dua PRK yang diadakan pada 2016 itu dan sebab itu beliau tidak perlu membayar wang kepada parti.

Katanya, kenyataan itu “tidak meyakinkan”.

Beliau berkata bukti menunjukkan sekurang-kurangnya dalam lapan keadaan, UMNO telah membayar balik wang pendahuluan yang dibuat oleh Ku Nan selepas dia menggunakan wang sendiri.

“Namun dalam kes ini, tidak ada bukti menunjukkan UMNO membayarnya untuk RM2 juta yang dikatakan telah digunakannya dalam PRK itu,” katanya.

Berita berkaitan
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022· Politik
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Badan pemantau rasuah gesa tangguh pembayaran dalam projek LCS
August 8, 2022· Isu semasa
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
3 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
4 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
6 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
8 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok