KTMB gantung tugas pemandu tren tak berhenti di stesen

January 9, 2022 · Isu semasa

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas kakitangannya berkaitan kejadian kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris sehingga menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, pagi tadi.

KTMB dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya didapati berlaku kecuaian.

Hasil siasatan setakat ini, katanya, KTMB mengesahkan kereta api Shuttle Timuran nombor 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada jam 4.05 pagi tadi, tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

“KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian itu lebih-lebih lagi melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan semula sesi persekolahan, hari ini

Berdasarkan jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di hentian Kuala Gris jam 6.59 pagi untuk mengambil pelajar berkenaan dan tempoh perjalanan mengambil masa 20 minit untuk tiba di Dabong.

“Justeru, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terbabit, serta kesal atas kejadian yang berlaku.

“Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB memberi jaminan insiden yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, keterujaan 100 pelajar SMK Dabong untuk kembali ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, pagi tadi, terbantut apabila kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok