KSN beri amaran kepada penjawat awam terlibat rasuah

April 6, 2021 · Isu semasa

Penjawat awam diberi amaran tindakan tegas akan diambil jika terbukti terlibat dalam kartel rasuah tender kerajaan susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kebelakangan ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pendedahan SPRM berhubung wujud kumpulan kartel itu dipandang serius dan kesal dengan penglibatan penjawat awam yang bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut.

“Saya amat kesal terdapat segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka diperguna oleh pihak berkepentingan untuk habuan lumayan.

“Saya memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu ini ataupun sebarang salah laku yang menjejaskan imej Perkhidmata Awam sekiranya dibuktikan bersalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, SPRM membongkar satu kartel tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion yang dikesan sejak 2014 dan beberapa individu sudah ditangkap dibawa ke muka pengadilan.

Kumpulan tersebut mempunyai rangkaian dalam jabatan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam melakukan jenayah tersebut sehingga mengaut keuntungan yang luar biasa.

Beliau juga berkata arahan pusingan kerja sudah dikeluarkan bagi memastikan penjawat awam yang bertugas di jabatan-jabatan dalam kerajaan tidak kekal terlalu lama di tempat tersebut.

“Jabatan Perkhidmatan Awam telah diarahkan untuk melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai di jawatan-jawatan sensitif yang cenderung kepada isu berkaitan salah laku,” ujarnya lagi.

SPRM mendedahkan kartel terbabit dikatakan memonopoli sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara dan dipercayai beroperasi sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok