Krisis politik punca usaha Muhyiddin bela Sabah, Sarawak tergendala

October 7, 2021 · Isu semasa

Usaha mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membela hak Sabah dan Sarawak tergendala ekoran krisis politik yang dicetuskan oleh pemimpin pembangkang yang bersekongkol dengan beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO sebelum ini.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata Muhyiddin sudah memberi komitmen untuk menunaikan permintaan Sabah dan Sarawak, malah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Bersama tetapi ia tidak berjaya dilaksanakan kerana krisis politik yang berlaku ketika itu.

“Kerajaan persekutuan di bawah Muhyiddin menyetujui permintaan kerajaan Sabah untuk mengetepikan RM53.4 juta sebagai ganti 40 peratus, supaya peruntukan di bawah perlembagaan persekutuan dapat dipenuhi.

“Muhyiddin telah membentuk Jawatankuasa Perundingan Bersama yang terdiri daripada wakil kerajaan Persekutuan, kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak untuk mengkaji geran khas berdasarkan Artikel 112D Perlembagaan.

“Sayangnya, kerana pergolakan politik, pertemuan pertama yang dijadualkan pada akhir bulan Ogos tidak dapat diadakan,” katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kitingan melahirkan kekecewaan terhadap pergolakan politik yang berlaku antara parti politik di Semenanjung sehingga menjadi punca peletakan jawatan Muhyiddin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Keningau itu berkata rakyat Borneo menuntut supaya kerajaan Pusat bertindak secara adil dan mengembalikan hak mereka seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Semua orang Sabah dan Sarawak mahukan kerajaan persekutuan memperlakukan kami secara adil dan memberikan hak kami seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sudah tiba masanya untuk bertindak dan mengembangkan (membangunkan) Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya lagi.

Beliau menggesa supaya dana pembangunan bernilai RM400 bilion di bawah rancangan itu mesti diagihkan dalam nisbah 50:25:25, ia bermakna Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan masing-masing berjumlah RM100 bilion.

Ujarnya lagi, janji yang sebelum ini diwar-warkan oleh parti pembangkang DAP dan PKR gagal ditunaikan semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan yang rakyat dapat hanya RM30 e-Dompet diberikan oleh Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng.

“Lebih buruk lagi, mantan perdana menteri dan mantan ketua menteri Sabah pada tahun 2019 bersekongkol untuk mengganti hak 40 peratus (40%) itu dengan junlah RM53.4 juta sahaja bagi lima tahun akan datang…

“Walaupun berjanji untuk menuntut kembali 80 peratus hak minyak kita dan berjuang untuk 40 peratus penuh dengan pembayaran balik RM1 trilion, pemimpin Warisan akur dengan jumlah RM53.4 juta sahaja,” katanya.

Beliau juga membidas bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang tidak berani menuntut hak Sabah dikembalikan dalam isu minyak dan gas.

“Ahli Parlimen Semporna dan kerajaan Warisan Plus juga tidak berani menuntut hasil penjualan minyak dan gas seperti yang dilakukan kerajaan Sarawak,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Popular
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok