Ibu bapa boleh pilih tak hantar anak ke sekolah mulai 3 Oktober

September 12, 2021 · Isu semasa

Ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah apabila sesi persekolahan bermula 3 Oktober ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata ketidakhadiran itu pelajar ke sekolah tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ibu bapa perlu menulis surat kepada pihak memberitahu mengenai perkara itu.

“Tidak akan ada surat amaran akan diberikan, tetapi ibu bapa hanya perlu menjelaskan mengenai ketidakhadiran itu. Perkara itu akan diguna pakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini,” katanya pada sidang media pengoperasian sesi persekolahan bermula bulan depan, hari ini.

Pada masa sama beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan beberapa protokol baharu apabila sesi persekolahan bersemuka bermula berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN), bagi mengelak penularan Covid-19.

Beliau berkata pengoperasian persekolahan mengikut PPN dilakukan berdasarkan empat fasa yang telah ditetapkan.

Katanya, dalam Fasa 1 PPN, semua institusi pendidikan ditutup dan sesi persekolahan dibuat menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sahaja, manakala dalam dalam Fasa 2 pula hanya pelajar kelas peperiksaan sahaja boleh ke sekolah.

Bagi Fasa 3 katanya, semua institusi pendidikan di bawah KPM dibuka secara berperingkat tertakluk kepada ketetapan kementerian dan penilaian risiko.

“Manakala pada Fasa 4, semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tetapi terkakluk kepada penilaian risiko semasa,” katanya pada sidang media khas mengenai pengoperasian sesi persekolahan bermula 3 Oktober ini.

Beliau berkata sesi persekolahan 2021 juga akan dilanjutkan sehingga Mac 2022 bagi memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan berikutan pelajar telah lama tidak ke sekolah.

Sehubungan itu KPM menggariskan beberapa keputusan berkaitan sesi persekolahan yang akan bermula awal bulan depan. Antaranya:

  • Pelajar dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam jika pakaian sedia ada sudah tidak lagi muat, tetapi pakaian hendaklah yang sopan, kemas dan sesuai untuk ke sekolah. Langkah itu bagi membolehkan semua murid hadir ke sekolah sesuai semangat membawa kembali pelajar ke sekolah.
  • Pelajar sekolah berasrama akan menjalani tiga kali ujian saringan Covid-19 dalam usaha mewujudkan gelembung selamat di sekolah berkenaan. Sebelum masuk ke asrama, pelajar perlu menjalani ujian saringan pertama Covid-19, diikuti ujian saringan kedua pada hari keenam berada di asrama dan ujian seterusnya pada hari ke-14. Pada masa sama, sistem pengudaraan (di asrama) juga perlu dipastikan pada tahap optimum.
  • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) diberi kuasa menentukan tindakan lanjut, jika ada kes positif Covid-19 di sekolah, selepas pembelajaran bersemuka bermula pada 3 Oktober depan. Pentadbir sekolah perlu melaporkan segera kepada PKD sekiranya ada kes positif. Sebaik mendapat laporan itu,PKD akan menilai risiko bagi menentukan tindakan seterusnya, termasuk menutup sekolah bagi tempoh tertentu sekiranya perlu.
  • Semua kakitangan sokongan yang bertugas dalam sekolah pada satu-satu masa perlu divaksin sepenuhnya. KPM sudah mengeluarkan arahan dalam konteks kebersihan dan keselamatan untuk memastikan semua pekerja sudah divaksin. Seperti dinyatakan sebelum ini, guru yang belum divaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka kerana kita ingin menekankan keseluruhan ekosistem sudah mendapat vaksinasi. KPM juga sudah mendapatkan senarai pemandu bas daripada Kementerian Pengangkutan, dalam masa yang sama ibu bapa juga perlu membuat pilihan sewajarnya.
  • Semua pelajar yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah bagi sesi persekolahan bersemuka, manakala yang didapati bergejala di sekolah pula akan diasingkan segera dan menjalani ujian saringan Covid-19. Murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Tapi jika pada waktu pagi tidak bergejala, namun tiba-tiba dikesan bergejala ketika di sekolah seperti waktu rehat, pelajar itu akan diasingkan. Selepas diasingkan, pelajar itu akan menjalani saringan Covid-19 menggunakan kit air liur di sekolah. Ibu bapa diminta mengambil berat sebarang gejala pada anak masing-masing sebelum menghantar anak ke sekolah.
  • Pemakaian pelitup muka bagi murid diwajibkan di sekolah, dan digalakkan memakai pelitup muka dua lapis. Bagi keluarga dari sosioekonomi rendah, KPM akan berusaia membekalkan pelitup muka.
  • Pembukaan semula sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan. Kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan, bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19. Langkah itu juga bagi pengawalan murid dan guru akan memastikan murid mematuhi prosedur operasi standar (SOP) ditetapkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok