KPM tak keluarkan ranking sekolah terbaik: Radzi

June 23, 2022 · Isu semasa

Ranking sekolah terbaik di Malaysia mungkin dikeluarkan pihak lain, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, sambil menjelaskan kementeriannya tidak pernah berbuat demikian.

Menurutnya Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan kedudukan ranking mengukur prestasi antara sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Beliau menjelaskan kedudukan ranking yang boleh diakses oleh orang ramai berkemungkinan dikumpulkan oleh pihak-pihak lain.

“Saya tidak tahu beliau dapat dari mana maklumat tersebut, untuk makluman KPM tidak pernah keluarkan sebarang ranking untuk keputusan SPM. Boleh semak bahawa tahun-tahun sebelum ini pun memang tidak ada ranking yang dikeluarkan KPM.

“Kalau ranking ini dibuat oleh pihak-pihak lain maka itu di luar bidang kuasa kami, kami tidak dapat menghalang (mungkin mereka) berusaha keras untuk dapatkan maklumat dan mengumpulkannya sebagai ranking.

“Jadi saya amat berharap, semua di luar sana betul-betul menyemak fakta yang ada sebelum membuat sebarang ulasan kerana ini memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan sistem yang dilihat seolah-olah mewujudkan satu ranking untuk membanding-bandingkannya.

“Sedangkan kita lihat pada hari pengumuman pun tidak pernah disebut dalam laporan yang disediakan,” katanya mengulas kenyataan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali bahawa KPM perlu menghentikan sistem penilaian berdasarkan kedudukan ranking sebagai pengukur prestasi antara sekolah.

Menurut Noor Azlan, sistem tersebut merupakan satu kesalahan besar dan KPM sepatutnya fokus dalam tugas mendidik pelajar.

Sementara itu, Radzi berkata KPM tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji semula subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM.

Sebaliknya jelas Radzi, kementerian itu akan melihat punca mengapa ramai calon gagal dalam subjek tersebut dalam peperiksaan tahun lalu.

“Kita akan lihat apakah faktor penyumbang kepada keputusan tersebut dan mencari satu pendekatan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan anak-anak yang lahir daripada sistem pendidikan kita ini dapat menguasai subjek Sejarah,” katanya..

Beliau juga telah meminta KPM meneliti dakwaan silibus Matematik sekolah rendah yang berada pada aras tinggi sehingga membebankan guru dan murid.

Penelitian itu bertujuan untuk memastikan sama ada silibus berkenaan benar-benar kompleks atau sebaliknya, katanya.

Berita berkaitan
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Jangkitan HFMD di Johor meningkat sebanyak 5,234 kes
June 6, 2022· Isu semasa
Rayuan Rosmah ditolak, keputusan kes rasuah solar ditetapkan 7 Julai
May 27, 2022· Isu semasa
Proses pertukaran guru akan disusun semula: Radzi
May 16, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok