KPM sokong pelajar diberi peluang sertai bidang bukan akademik: Radzi

September 11, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan terbuka dalam memberi peluang dan ruang kepada remaja berusia 13 hingga 19 tahun untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam bidang bukan akademik.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memberi contoh Karnival Genius Remaja 2022 yang diadakan di Shah Alam mulai 9 September hingga hari ini (11 September), memberi peluang mencungkil bakat melalui pelbagai aktiviti kemahiran.

Katanya dalam pendidikan, selain bidang akademik, anak-anak juga wajar diberi pendedahan dalam bidang bukan akademik termasuk kemahiran.

Malah menurutnya menerusi pendedahan aktiviti kemahiran itu, potensi diri remaja, terutama pelajar dapat dioptimumkan.

“Karnival ini memberi ruang kepada anak-anak remaja berumur sekitar 13 hingga 19 tahun dalam kalangan komuniti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) mencungkil bakat dan potensi melalui aktiviti kemahiran seperti pastri, kecantikan, fotografi, muzik dan juga button badge.

“Bakat yang digilap dapat membuka ruang lebih luas kepada anak-anak untuk mengoptimumkan potensi diri dan seterusnya membuat perubahan yang lebih baik demi masa depan mereka kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Radzi turut mendoakan mereka yang terbabit dalam karnival akan berjaya dalam apa juga bidang yang diteroki pada masa depan.

Karnival anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini diadakan bagi membantu golongan remaja B40 untuk memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan dalam masa yang sama membantu mereka menggilap bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.

Remaja yang terlibat dibawah program Genius Remaja itu berpeluang mempamerkan hasil kreatif dan bakat mereka dengan menyertai kelas-kelas kemahiran seperti fotografi, kek dan pastri, vokal dan muzik, kecantikan dan kelas kemahiran bagi menghasilkan button badge.

Berita berkaitan
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022· Isu semasa
KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi
September 24, 2022· Isu semasa
Bajet 2023: KPM harap kadar baharu RMT bantu pelajar susah dipertimbang
September 23, 2022· Isu semasa
KPM rujuk dengan SPR berhubung takimat pilihan raya kepada guru
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok