KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi

September 24, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) mestilah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan sokongan bagi memastikan kemajuan sistem pendidikan negara, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata sektor pendidikan tidak seharusnya mendiskriminasi berdasarkan latar belakang, supaya lebih banyak bilangan dan kepelbagaian idea boleh dimanfaatkan untuk menambah baik sektor itu, menurut laporan Bernama.

“Ketika ada sesetengah orang yang mengatakan pendidikan kita ke belakang, saya terus mengatakan bahawa kita tidak ke belakang, tetapi kita dalam keadaan stagnant (tiada pergerakan) untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami sebagai satu kementerian tidak boleh melakukannya sendiri. Kami memerlukan sokongan dari semua pihak di luar sana yang mahu bekerjasama dengan kami,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun Teach for Malaysia (TFM) Ke-10, di sini hari ini.

Radzi berkata TFM telah melaksanakan usaha yang baik untuk 10 tahun ini dengan mewujudkan kerjasama dengan 893 sekolah di setiap negeri dengan merekrut, melatih dan menempatkan ratusan guru di sekolah-sekolah berkenaan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

Beliau berkata terdapat lebih lima juta pelajar di seluruh negara melibatkan kira-kira 10,000 buah sekolah dengan lebih 500,000 orang guru yang membentuk ekosistem pendidikan yang kompleks.

“Kami (pihak kementerian) mempunyai sekolah dari Perlis ke Sabah, di kawasan luar bandar dan bandar serta kawasan terpencil dan kami mempunyai guru dari semua latar belakang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas TFM Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz menzahirkan kegembiraan baginda terhadap kemajuan yang telah dicapai organisasi itu, yang telah berkembang sebagai satu gerakan dengan 474 orang pemimpin kompeten yang berusaha ke arah menamatkan ketidaksamaan pendidikan.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
31 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok