KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi

September 29, 2022 · Isu semasa

Keluhan guru besar gred DG52 yang bimbang sekiranya perlu kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah mendapat perhatian serius Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Hasil rundingan Kementerian Pendidikan (KPM) bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, persetujuan berjaya dicapai dengan semua guru besar akan kekal sebagai pentadbir sekolah tanpa perlu kembali bertugas sebagai guru biasa.

“Di peringkat kementerian, kita dah bincang lama perkara ini dan langkah seterusnya yang dibuat adalah duduk dengan agensi Pusat iaitu JPA dan Kementerian Kewangan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua agensi ini atas persetujuan bagi membolehkan guru ini kekal berada di sekolah sebagai guru besar,” kata Radzi.

Perincian lanjut berhubung keputusan tersebut akan diberikan pada masa terdekat dengan disokong beberapa pendekatan yang telah dipersetujui bersama antara kementerian, jelas Radzi lagi.

“Perincian beberapa pendekatan ini akan diumumkan kemudian. Insya-Allah dalam masa terdekat ini kerana perkara pentingnya, guru-guru yang dikatakan ini boleh kekal sebagai guru besar dan tidak perlu kembali (mengajar) ke sekolah,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan, keputusan mengekalkan jawatan guru besar sebagai pentadbir itu tidak mengganggu proses kenaikan pangkat guru-guru lain.

“Dalam konteks ini, tidak akan menimbulkan masalah kerana mereka ini pentadbir sekolah, nanti akan ada pentadbir yang bersara dan yang baru dipilih. Perkara ini akan berterusan,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 200 guru besar di Semenanjung yang akan dinaikkan ke gred DG52 dalam tempoh dua tahun ini buntu memikirkan nasib mereka yang dikatakan akan ‘turun pangkat’ dengan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Kesatuan Guru Kebangsaan Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) mahu kajian semula dilakukan terhadap perkara itu memandangkan kebanyakan guru besar yang bakal dinaikkan ke gred DG52 masih muda dan tempoh untuk bersara masih jauh.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok