KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi

August 14, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan data sebenar jumlah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melanjutkan pelajaran dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ketika ini kementeriannya sedang mengumpulkan rekod dan data baharu mengenai hala tuju pelajar berkenaan selepas tamat menduduki peperiksaan tersebut, lapor Bernama.

“KPM akan perincikan data-data (pelajar), kita akan kongsikan data ini dalam masa terdekat dan kita akan terangkan (ke mana pelajar) berdasarkan data yang kita dapat,” katanya kepada pemberita selepas program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan-Guru Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Tah Nia Jaman.

Baru-baru ini media melaporkan kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran mereka.

Mengulas angka dilaporkan itu, Radzi berkata kajian itu dibuat tidak menyeluruh dan merekodkan ‘ex cohort’ atau tidak mempunyai situasi sama misalnya generasi lepas yang kini berusia 70 hingga 80 tahun mempunyai sebab berbeza tidak melanjutkan pelajaran berbanding generasi muda masa kini.

“Sebab itu kita kena lihat secara lebih mendalam. Saya tidak mahu mengulas mengenai 72 peratus, biar kita jelaskan hal itu berdasarkan data yang kita dapat mengenai pelajar yang menamatkan SPM,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan agensi lain dalam usaha membantu pelajar yang mengalami kesukaran untuk ke sekolah di Sabah.

Beliau berkata sekiranya perkara itu melibatkan isu infrastruktur, KPM akan mencari pendekatan untuk membantu pelajar berkenaan supaya mendapat akses pendidikan yang terbaik.

Mengenai program itu, Radzi berkata ia adalah usaha transformasi KPM untuk menyampaikan mesej secara menyeluruh dalam ekosistem pendidikan supaya dapat melihat arah pembangunan sistem pendidikan negara.

Beliau berkata pada program bersama kira-kira 1,000 warga pendidik itu, banyak perkara yang disampaikan tentang aspek pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan selain memberi ruang kepada guru untuk menyampaikan pandangan serta cadangan masing-masing bagi penambahbaikan sistem pendidikan.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok