KPDNHEP rampas barang bernilai lebih RM13.32 juta sehingga Mac

May 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memeriksa 279,251 premis di seluruh negara, dan membuka 3,992 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM13.32 juta melalui Ops Pantau.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu adalah bagi pencapaian tahun 2022, berdasarkan statistik sehingga Mac dan sebanyak 6,706 aduan telah diterima dengan 89.61 peratus aduan berjaya diselesaikan.

“Berdasarkan daripada data melalui Ops Pantau ini bagi tempoh sama, KPDNHEP telah mengeluarkan kompaun lebih RM1.66 juta dan denda lebih RM41 ribu, kepada peniaga atas pelbagai kesalahan,” katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Terbuka Raya Sektor Perdagangan Dalam Negeri Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini malam ini.

Ops Pantau adalah untuk memastikan keberadaan bekalan barang yang menjadi tumpuan pengguna pada Hari Raya Aidilfitri mencukupi dengan harga yang munasabah tanpa unsur pencatutan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah menggerakkan susun kerja dalam memastikan agenda digitalisasi yang menjadi objektif utama sektor peruncitan.

“Tumpuan utama kementerian adalah keperluan bagi peniaga di peringkat mikro dan kecil dapat menerima serta menggunapakai teknologi pembayaran secara e-tunai.

“Pendekatan secara tanpa wang tunai ini merupakan wadah utama, kerana ia memberi manfaat kepada peniaga mikro dan kecil tambahan pula dengan situasi pandemik pada masa ini, yang mengalakkan transaksi tanpa tunai,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya masih lagi mengkaji penetapan harga siling bagi penjualan ayam mentah dan Skim Kawalan Harga Maksimum yang bermula dari 5 Feb hingga 5 Jun ini. – Bernama

Berita berkaitan
KPDNHEP serbu dua premis jual minyak masak dalam talian
July 4, 2022· Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
July 2, 2022· Isu semasa
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022· Isu semasa
PM nafi kerajaan buat pusingan U tidak apung harga ayam
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
10 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
17 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
28 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
36 minit lalu · Isu semasa
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok