KPDNHEP beri jaminan harga ayam kembali stabil semasa perayaan

April 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan harga ayam kembali stabil selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata hasil pemantauan hari pertama pelaksanaan skim tersebut menampakkan keberkesanan apabila para peniaga patuh dengan peraturan yang ditetapkan.

“KPDNHEP faham hari ini hari pertama Skim Harga Maksimum, jadi perlu ada ubah suai di peringkat pemborong dan peruncit. Kita akan beri ruang sewajarnya untuk semua pihak mengambil masa untuk patuh Skim Harga Maksimum,” katanya dipetik Bernama.

Menurutnya lagi, pihak KPDNHEP hanya menerima dua aduan berkaitan harga ayam dijual melebihi harga maksimum iaitu RM7.90 sekilogram.

Berhubung laporan keluhan peniaga ayam yang harga RM7.90 sekilogram seakan-akan membunuh mereka, Hasnol Zam Zam berkata SHMMP tidak membawa masalah kepada peniaga, kerana margin telah ditetapkan di setiap peringkat rantaian bekalan.

“Contohnya di peringkat ladang RM5.80, kemudian di peringkat pemborong ada harga yang telah ditetapkan mengikut kawasan. Jadi apabila diikut margin-margin yang telah ditetapkan itu, saya fikir tiada masalah.

“Mungkin sebelum ini bekalan yang dihantar kepada peruncit itu mengikut harga sebelum Skim Harga Maksimum berkuatkuasa. Apabila mula berkuatkuasa contoh pagi tadi tinjauan di Pasar Presint 8, didapati peniaga ayam menjual mengikut harga RM7.90 yang ditetapkan,” katanya.

Hasnol Zam Zam turut menasihati semua pihak, untuk patuh kepada Skim Harga Maksimum demi kebaikan bersama.

“Ia dapat memastikan bekalan ayam dan barangan terkawal berada di paras mencukupi, dan pada masa yang sama kestabilan dari segi harga yang bukan sahaja pengguna dapat menikmati harga munasabah, tetapi juga peniaga,” katanya.

Hasnol Zam Zam berkata, fasa pertama SHMMP Hari Raya Puasa melibatkan 12 jenis barangan terdiri daripada ayam, telur ayam, daging dan hasil laut, manakala kategori sayuran dan barangan kering akan diumumkan dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
PM nafi kerajaan buat pusingan U tidak apung harga ayam
June 25, 2022· Isu semasa
Hasil laporan siasatan kartel ayam dibentang pada Isnin
June 23, 2022· Isu semasa
Harga barang naik: ‘Kerajaan seolah tidak peduli derita rakyat’
May 27, 2022· Isu semasa
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok