KPDNHEP beri amaran peniaga manipulasi bekalan, harga ayam

May 21, 2022 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk pengusaha ladang, yang cuba menganggu kestabilan bekalan untuk menaikkan harga ayam.

Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 sekiranya ada berlaku manipulasi bekalan untuk mengganggu kestabilan bekalan di pasaran.

Rosol berkata pegawai penguat kuasa kementerian sudah memantau dan menjalankan siasatan terperinci di ladang terbabit yang menghantar surat mengenai penutupan ladang ayam.

“Kita tidak semata-mata menerima surat daripada syarikat penternakan terbabit, sebaliknya turun padang untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai masalah yang diutarakan.

“Pegawai pergi dan lihat sendiri malah laporan bergambar juga ada dan terbukti memang ayam berpenyakit… beratnya pula hanya sekitar satu hingga 1.2 kilogram dan tidak sesuai dibekalkan untuk pasaran tempatan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Kuala Berang, Terengganu hari ini.

Sebelum ini, sekumpulan kartel industri ternakan ayam dilaporkan merancang menutup ladang ternakan hari ini dan esok sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Penutupan itu bukan sahaja bakal meningkatkan harga ayam di pasaran, malah pengguna juga perlu berebut untuk mendapatkan bekalan yang dicatu oleh mereka malah turut menjejaskan operasi perniagaan pembekal.

Sumber dilaporkan berkata tindakan yang didalangi sebuah persatuan dipercayai merancang melaksanakan penutupan ladang ayam selama dua hari tersebut ba­gi memboikot kerajaan.

Malah satu pekeliling yang dikeluarkan semalam oleh sebuah syarikat ladang ternakan di Melaka kepada pembekal memaklumkan bekalan ayam akan dihentikan pada 21 hingga 22 Mei ini atas alasan ‘masalah-masalah ayam di ladang ternakan’.

Mengulas lanjut, Rosol berkata KPDNHEP akan menghantar stok lebihan bekalan ayam yang ada di pasaran untuk negeri yang berdepan kekurangan bekalan sebagai alternatif penyelesaian jangka masa pendek.

Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata langkah itu diharap dapat meredakan keresahan pengguna berikutan kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri akibat penutupan ladang ternakan oleh beberapa syarikat.

“Alternatif ini akan digerakkan mengikut kapasiti kemampuan KPDNHEP untuk mengenal pasti mana kawasan yang terjejas teruk. Contohnya, (jika) kekurangan berlaku di Perlis, kita akan tampung dengan lebihan ayam yang ada di Pulau Pinang.

“Sebenarnya, berdasarkan laporan yang kita terima daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, jumlah pengeluaran ayam adalah sekitar 66 juta ekor sebulan, berbanding kadar penggunaan sekitar 60 juta untuk permintaan biasa, dan untuk musim perayaan jumlah permintaan meningkat sedikit,” katanya

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok