Kos PRU15 cecah RM1.01 bilion, 2 kali ganda daripada sebelumnya

October 20, 2022 · Isu semasa

Kos pengurusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya di Sabah, November depan dianggarkan mencecahRM1.01 bilion.

Ini peningkatan dua kali ganda berbanding kos PRU-14 pada tahun 2018, iaitu kira-kira RM500 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata seramai 363,515 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU15 dan PRK DUN N66 Bugaya, lapor Berita Harian.

Selain itu, katanya sebanyak 8,958 pusat mengundi biasa yang meliputi 38,348 saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mempunyai 970 saluran awal akan digunakan.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 9,536 pusat mengundi akan beroperasi membabitkan 39,318 tempat mengundi atau saluran.

Menurutnya lagi, SPR juga melantik 222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 1,264 Penolong Pegawai Pengurus manakala sebanyak 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya turut ditubuhkan bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen bermula 5 November hingga 18 November jam 11.59 malam.

“Sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon dan 222 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi akan digunakan. Untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menasihati bakal calon yang bertanding dalam PRU-15 dan PRK DUN N66 agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang itu dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri seluruh negara sebelum hari penamaan calon.

“Bakal-bakal calon juga digalakkan membuat pembayaran deposit lebih awal. Ini bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
59 minit lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
16 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok