Kos naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen meningkat RM106.1 juta: Laporan Audit

August 3, 2022 · Isu semasa

Pencapaian Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen yang sepatutnya mengambil tempoh enam tahun mengalami kelambatan siap hingga 14 tahun mengambil kira projek fasa 2C(ii) yang dijadualkan siap berdasarkan kontrak pada 2025.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1, pengukuran keberhasilan keseluruhan projek yang bermula pada 2011 itu, belum dapat dinilai sepenuhnya kerana fasa 2C(ii) melibatkan skop kerja naik taraf dan baik pulih Blok Menara serta penyediaan tempat letak kenderaan bertingkat yang masih dalam fasa pelaksanaan, lapor Bernama.

“Secara keseluruhannya, pengurusan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia adalah memuaskan dengan enam fasa telah disiapkan dan satu fasa dalam pelaksanaan,” menurut laporan itu.

Laporan itu memaklumkan semakan audit mendapati perubahan skop kerja yang banyak atas permintaan pelanggan dan teknikal turut menyumbang kepada peningkatan kos siling berjumlah RM106.10 juta (20.4 peratus) daripada RM520 juta kepada RM626.10 juta.

Prestasi kewangan projek juga menunjukkan perbelanjaan hingga 31 Dis 2021 adalah berjumlah RM468.45 juta (74.8 peratus) berbanding peruntukan terkini berjumlah RM626.10 juta.

Selain itu, terdapat kelemahan dari segi pengurusan projek seperti pengurusan nilai, pengurusan kontrak dan perolehan, serta tadbir urus pembangunan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kontrak kerja yang memerlukan perhatian daripada pihak pengurusan untuk tindakan penambahbaikan.

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan tidak berulang pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan tadbir urus dan pemantauan menyeluruh serta berkesan supaya pelaksanaan projek berjaya dicapai mengikut objektif yang ditetapkan.

Selain itu, Parlimen dan JKR perlu memastikan pengurusan pembangunan sistem ICT dirujuk kepada pihak yang berautoriti bagi memelihara keperluan, kepentingan dan keselamatan ICT sektor awam.

“Parlimen juga perlu memastikan perolehan aset memfokuskan kepada penggunaan aset yang optimum dan dimanfaatkan sepenuhnya,” menurut laporan itu.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
21 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
21 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok