Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan

March 20, 2023 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji bersasar walaupun kos bagi menunaikan ibadah itu meningkat kepada RM30,850 seorang tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi membiayai Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) bersasar untuk jemaah haji bagi kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang pertama kali menunaikan rukun Islam kelima itu, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata kumpulan B40 akan menerima bantuan HAFIS sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada kos haji, manakala kumpulan M40 akan menerima bantuan sejumlah RM14,870 seorang atau 48 peratus daripada kos haji.

“Pada musim haji tahun ini, kadar bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang. Ia meningkat sebanyak RM 1,000 berbanding tahun lepas.

“Walaupun ada peningkatan kos, namun kerajaan akan menanggung RM1,000 dan bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman dan Pengurus Besar Pengurusan Haji TH, Nurrin Anuwar Shamsuddin.

Amrin berkata bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dalam kumpulan M40, bayaran haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang, sementara bagi kumpulan berpendapatan tinggi (T20) mereka perlu menanggung kos haji sepenuhnya sebanyak RM30,850 seorang.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula Rabu ini.

“Bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

“Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, dikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023,” katanya.

Katanya, bagi rayuan haji di luar giliran, jemaah perlu membayar kos penuh iaitu RM30,850 seorang, melainkan bagi individu yang membuat rayuan mahram atau bagi pembantu kepada jemaah yang berusia.

Katanya, setakat ini 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menuaikan rukun Islam kelima berkenaan .

Berita berkaitan
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan
July 21, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok