Korban ‘King of Sado’ manfaat 1,000 asnaf

July 10, 2022 · Isu semasa

Lembu ‘tersado’ di Malaysia seberat 1.2 tan yang dinamakan ‘Gemuk’ dipilih untuk ibadah korban kerana merupakan lembu yang terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata Gemuk yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi RM30,000 itu merupakan haiwan kesayangan seorang kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang iaitu seorang pelanggan pakej umrah yang ditawarkan Ikhlas Sdn Bhd yang telah menunaikan ibadah suci itu pada Mac lepas.

“Semasa Gemuk diambil Muhammad Bakri, beratnya hanyalah 600 kilogram (kg) dan beliau telah menjaga Gemuk selama empat tahun sehinggalah menjadi seberat 1.2 tan. Jadi boleh dikatakan Encik Bakri adalah seorang pengembala terbaik di Malaysia.

“Sebab apa kami pilihnya untuk ibadah korban tahun ini kerana Gemuk adalah lembu yang terbaik. Ibadah korban bukan sekadar memberi tetapi memberi yang terbaik,” katanya selepas ibadah korban di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam Kuala Lumpur, hari ini.

Ikhlas juga menceritakan bagaimana anak perempuan Muhammad Bakri bersedih apabila diberitahu oleh ayahnya bahawa Gemuk akan dijual untuk dikorbankan setelah mendapat gelaran King of Sado.

“Anak perempuan dia banyak jaga lembu dengan bapanya. Dia banyak membantu untuk basuh dan memberi makan. Jadi apabila dia dapat tahu lembu ini akan dijual, dia merajuk dengan bapanya.

“Tetapi, bapanya sudah menjelaskan bahawa Gemuk dipilih oleh Allah S.W.T untuk kebaikan orang ramai, dan sekarang anak dia sudah faham dan tidak bersedih lagi,” katanya.

Gemuk yang berbaka Charolais itu sebelum ini telah dinobatkan sebagai King of Sado 2022 dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022 yang diadakan awal bulan ini.

Gemuk disumbangkan oleh seorang individu melalui Ikhlas Sdn Bhd, sebuah platform gaya hidup Islam digital kepada Masjid Ikhlasiah bagi memanfaatkan 1,000 asnaf. – Bernama

Berita berkaitan
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
July 5, 2022· Isu semasa
Elak terpedaya pakej ibadah korban palsu
June 15, 2022· Isu semasa
Kenderaan berat dilarang masuk KL semasa waktu puncak elak kesesakan
June 6, 2022· Isu semasa
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok