Korban banjir di Selangor naik 17 individu

December 21, 2021 · Isu semasa

Jumlah korban akibat banjir di Selangor meningkat  kepada 17 orang, termasuk seorang sukarelawan, dengan 10 mangsa ditemukan di Daerah Klang, tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata punca kematian mereka sedang dikenal pasti sama ada disebabkan banjir atau faktor lain seperti meninggal dunia akibat kekurangan ubat dan sebagainya.

Susulan itu Amirudin berkata kerajaan negeri akan menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat bencana banjir itu.

Beliau berkata sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 30,632 mangsa dari 4,672 keluarga ditempatkan di 203 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor.

“Angka sebenar mangsa dijangka meningkat disebabkan beberapa daerah masih menunjukkan peningkatan paras air iaitu di Kuala Langat, Kuala Selangor, dan Sepang serta mangsa-mangsa yang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat termasuk di Taman Sri Muda, Kampung Baru Hicom serta Bukit Changgang,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu katanya ada mangsa yang memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing dan mereka telah dimaklumkan segala risiko yang bakal berlaku, namun penduduk enggan berpindah kerana berasa masih lagi selamat.

“Oleh itu selain usaha mengeluarkan mangsa banjir, kita memberi sumbangan bakul-bakul makanan untuk mereka masak untuk tempoh beberapa waktu,” katanya.

Sementara itu katanya Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit akan diwujudkan sebagai platform kepada rakyat Malaysia terutama syarikat swasta, individu dan syarikat berkaitan kerajaan untuk menyumbang kepada pemulihan kawasan yang terjejas dengan musibah banjir.

“Sebagai komitmen awal, saya akan menyumbang sebulan gaji saya kepada tabung ini sebagai tanda permulaan proses pemulihan.

“Kerajaan negeri akan mempermudah prosedur permohonan pemberian bantuan kepada keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mengelak karenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut bersetuju untuk memberi pelepasan bil air selama sebulan kepada akaun-akaun yang terkesan dengan bencana banjir.

Berita berkaitan
MB Selangor minta maaf jika DUN terbubar sebelum sidang tahun depan
August 2, 2022· Politik
Asyraf bangga dapat duduk sebelah Zafrul semasa majlis BN Selangor
August 1, 2022· Politik
Muhyiddin rakam ucapan takziah kepada keluarga Khalid
August 1, 2022· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
8 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok