Konvoi PM di Johor Bahru: Tular video ambulans ditahan beri laluan

Tular dalam media sosial satu klip rakaman video sebuah ambulans ditahan polis trafik bagi memberi laluan kepada konvoi membawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Johor Bahru baru-baru ini.

Untuk rekod, sebelum ini juga senario sama berlaku apabila ambulans ditahan semasa konvoi PM berada di Hulu Langat dalam lawatan meninjau kawasan dilanda bencana banjir.

Menurut laporan portal Malaysiakini, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Sabtu baru-baru ini selepas Ismail Sabri program Aspirasi Keluarga Malaysia di Plaza Angsana di Johor Bahru.

Laporan portal itu mendakwan ambulans tersebut ditahan kerana konvoi tersebut, yang bergerak dari arah Taman Tasek masuk ke jalan utama dengan kelajuan tinggi dari jejambat.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi menurut laporan Malaysiakini berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Ketika pelancaran program Aspirasi Keluarga Malaysia minggu lalu, Ismail Sabri menegaskan kepentingan kestabilan politik.

Turut hadir di acara itu adalah penyandang Menteri Besar Datuk Seri Hasni Mohammad, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor.

Ismail Sabri kerap turun dalam program yang diadakan menjelang tinggal beberapa lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.Pada Disember lalu, sebuah ambulans turut ditahan di Hulu Langat, Selangor bagi memberi laluan kepada konvoi Ismail Sabri ketika dia melawat kawasan yang terjejas akibat banjir.

Selepas rakaman video insiden itu tular, Polis Selangor menjelaskan langkah itu dibuat atas faktor keselamatan.

BERITA BERKAIT
POPULAR