Kontroversi pendedahan PASleak, PM kata tak pasti dokumen itu betul atau tidak

April 22, 2022 · Isu semasa

Susulan pendedahan kontroversi dibuat PASleak yang melibatkan beberapa pemimpin kanan UMNO bersama Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya tampil membuat penjelasan berhubung isu tersebut.

Perdana Menteri (PM) bagaimanapun berkata pendedahan dibuat oleh PASleak itu belum tentu kesahihannya memandangkan ia belum tentu betul atau tidak, ia selepas UMNO mendesak nama-nama pemimpinnya yang terdapat dalam dokumen itu supaya tampil membuat penjelasan.

“Kita pun tidak tahu sama ada dokumen itu betul ke tidak betul,” kata Ismail Sabri dipetik laporan media.

Dokumen PASleaks itu mengandungi dakwaan ringkasan pertemuan dikatakan antara Naib Presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan seorang lagi pemimpin parti dengan tokoh politik lain antara 24 Mac dan 7 April.

Sejak beberapa hari lalu, satu dokumen yang didakwa kononnya minit mesyuarat sebuah parti politik didakwa mendedahkan pakatan politik menentang kumpulan Kluster Mahkamah dalam UMNO.

Minit mesyuarat itu kononnya menyatakan pertemuan diadakan di rumah Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, turut mendakwa Ketua Hakim Negara bersubahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes rasuah dan mensabitkan kesalahan dua pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menafikan dakwaan berkenaan dan sudah membuat laporan polis terhadap sumber dakwaan yang dipercayai daripada posting dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Shahrir Samad – Tok Uban.

Media melaporkan antara kandungan dalam dokumen itu menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit puluhan kes mahkamah.

Beberapa nama pemimpin politik utama juga dikaitkan dalam dokumen itu.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
51 minit lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
2 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
4 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
7 jam lalu· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023 · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok