Kontroversi klip video raya Aliff Syukri: MCMC panggil individu terlibat

April 25, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya pagi esok, lapor Bernama.

“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) di sini hari ini.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontontan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung klip video itu.

Beliau berkata keresahan itu timbul kerana klip video berkenaan mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini.

Terdahulu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendesak MCMC menarik atau memadam video muzik hari raya menampilkan usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini, yang jelas mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata selain itu, MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang, terutama oleh individu sama, khususnya di dalam bulan Ramadan.

“Sudah sampai masanya tindakan yang lebih tegas diambil pihak bertanggungjawab terutama MCMC, kerana ia melibatkan penyebaran dalam ruang siber, tidak perlu lagi amaran diberikan kepada individu berkenaan, kerana beliau banyak kali terlibat dengan kontroversi seumpama itu.

“MCMC bukan sahaja boleh menarik balik atau mengharamkan video berkenaan, tetapi kepada penyebar dan pembuat video itu juga boleh diambil tindakan.

“Ada batas yang tidak boleh dilanggar terutama di Malaysia dan melibatkan masyarakat Muslim, dan dalam tempoh Ramadan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok