
Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Kontrak Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak disambung walaupun sudah berakhir 17 Jun lalu.
Hampir sebulan sudah berakhir kontrak Ketua Penerangan Bersatu sebagai Pengerusi PTPTN, bagaimanapun masih tidak ada tanda ia akan disambung semula malah namanya juga sudah tidak ada dalam laman web rasmi PTPTN.
“Next step, tunggulah hingga next step itu sampai,” kata Wan Saiful ringkas dalam hantaran Facebooknya, ia dipercayai berhubung kedudukannya sebagai Pengerusi PTPTN yang tidak disambung.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Wan Saiful memberitahu kontraknya sebagai pengerusi perbadanan itu tamat pada 17 Jun lalu.
Untuk rekod, Wan Saiful dilantik sebagai Pengerusi PTPTN pada 26 Jun 2018.
Wan Saiful sebelum ini antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Ahli Parlimen (MP)Ampang itu meninggalkan Bersatu.
Bersatu berpandangan keduĀdukan Zuraida sebagai Menteri patut diganti kerana jawatan Menteri tersebut didakwa kuota parti berkenaan.