Kontrak guru akan disambung dua tahun lagi, Menteri nafi guru tak dapat gaji

May 5, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan penyambungan Guru Kontrak Perkhidmatan (COS) seramai 2,600 orang dalam masa terdekat dan menafikan terdapat guru kontrak yang tidak dibayar gaji.

Guru kontrak dijangka akan disambung lagi perkhidmatan mereka selama dua tahun dan keputusan berhubung penyambungan itu akan ditetapkan tidak lama lagi, jelas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

“Berkaitan COS, kita melihat ramai yang bangkitkan isu ini memandangkan kontrak mereka akan tamat pada Jun ini.

“Isu ini sedang dalam proses untuk diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peraturan dan tatacara sedia ada.

“Ingin saya jelaskan kerana ada yang kata tidak dapat gaji Mei ini adalah tidak benar, kerana kita akan pastikan kebajikan guru-guru terpelihara,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah terbuka di kediamannya di Ketereh hari ini.

Justeru, katanya, kumpulan guru berkenaan tidak perlu bimbang mengenai nasib mereka termasuk desas desus kononnya mereka tidak akan mendapat gaji pada Mei ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, sejak dari awal KPM dan SPP ( Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) sudah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu, namun tidak membuat sebarang pengumuman.

“Yang pasti perkara ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Untuk serap kepada lantikan tetap, ia adalah bidang kuasa SPP berdasarkan proses tertentu yang perlu dilalui oleh calon,” katanya.

Dalam perkembangan lain ketika ditanya trend guru bersara awal, Radzi berkata, pihaknya akan memperincikan satu persatu serta tindakan yang boleh diambil mengenai isu guru bersara awal.

“Kita sedang kaji secara mendalam lagi dengan mengambil kira data dari tahun 2017 lagi kerana mana-mana perkhidmatan lain juga akan ada yang mengambil ketetapan untuk bersara awal, bukan guru sahaja yang bersara awal kerana ia adalah pilihan masing-masing,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok