Kontak rapat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi diasingkan, kata Khairy

February 17, 2022 · Isu semasa

Individu yang menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 tidak lagi perlu menjalani pengasingan selepas ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, pengecualian tersebut diberikan kepada mereka yang tidak bergejala walaupun mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19 bermula minggu depan.

Khairy berkata keputusan untuk memansuhkan prosedur pengasingan bagi kontak rapat itu ketika ini sudah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Katanya, ia susulan pekeliling yang diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.

“Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu.

“Protokol itu merujuk kepada mereka yang disahkan kontak rapat, kini tidak lagi perlu menjalani isolasi sekiranya tiada gejala.

“Sebaliknya, mereka hanya perlu membuat ujian saringan pada hari tertentu dan protokol sama akan kita laksanakan untuk orang ramai apabila tiba masanya.

“Pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat minggu depan,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khairy memberitahu kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan bayi baru lahir merekodkan peningkatan dengan lonjakan 160 peratus.

Ujarnya, perbandingan terhadap laporan minggu epidemiologi kelima dan keenam tahun ini bagi golongan berkenaan mencatatkan peningkatan amat membimbangkan.

Menurutnya lagi, kes Covid-19 bagi bayi baru lahir hingga berusia 11 tahun pada minggu epidemiologi kelima ialah 6,524 kes, berbanding 16,959 kes pada minggu epidemiologi keenam.

“Bagi tempoh Januari hingga hari ini, sebanyak tiga kes kematian direkodkan dalam kelompok usia sifar (bayi) hingga 11 tahun.

“Peningkatan ini amat membimbangkan dan perlu ditangani menerusi pemberian vaksin, seperti ditawarkan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

“Memang betul, bagi bayi yang baru lahir hingga berusia empat tahun, kita tiada lagi vaksin dan ia juga situasi sama di seluruh dunia,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Cegah risiko buruk cuaca panas
May 9, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok