Kontak rapat kes Omicron di Ipoh didapati negatif: KP Kesihatan

December 3, 2021 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan lapan sampel ujian yang diambil daripada kontak rapat pelajar Afrika Selatan yang disahkan dijangkiti Omicron, adalah negatif.

Dalam kenyataan menerusi laman Twitternya malam ini, beliau berkata kesemua lapan sampil ujian RT PCR adalah negatif membabitkan pemandu, kakitangan universiti dan tiga rakan pelajar itu.

“Terkini dari Negeri Perak. Kesemua 8 sampel ujian RT PCR hari ini adalah NEGATIVE iaitu kes index Omicron pertama dlm negara (Afrika Selatan) & 7 kes kontak rapat iaitu pemandu, pekerja universiti, 3 rakan pelajar universiti (2 Ghana & 1 India) & 2 rakan sebilik. Alhamdulilah,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata seorang pelajar universiti swasta dari Afrika Selatan dikesan dijangkiti varian berbahaya Covid-19, Omicron, dan tindakan sudah diambil dengan mengasingkan individu tersebut.

Individu tersebut merupakan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit Covid-19 di semua PMA dan survelan makmal yang dilaksanakan secara berterusan, kes pertama positif varian yang dibimbangi (variant of concern – VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia,” katanya.

Individu tersebut dikenal pasti sebagai seorang seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Susulan itu, KKM melaksanakan pengesanan kontak rapat dan ujian saringan bagi memastikan kes Omicron tidak merebak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok