
Konkrit lebuh raya dalam pembinaan setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh malam tadi. - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sebahagian konkrit di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara yang dalam pembinaan setinggi 12 meter runtuh malam tadi menyebabkan dua pekerja warga Bangladesh cedera.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.
Katanya, sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kejadian melibatkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana dua pekerja warga Bangladesh yang berusia 20-an dan 40-an megalami cedera ringan.
“Ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bahagian bawah dan terkena serpihan konkrit,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Norazam berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 7.34 malam.