
Anggota bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan kon yang tersangkut di kepala seorang murid sekolah di Pontian hari ini, 27 September 2022. - Gambar JBPM
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor mengalami detik cemas apabila sebuah kon terlekat di kepalanya.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK II) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azma, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.28 tengah hari dan dengan bantuan enam anggota, kon itu dipotong dengan peralatan khas dan dapat dikeluarkan 26 minit kemudian.
“Difahamkan pelajar berusia 10 tahun bersekolah sesi pagi dan kejadian berlaku ketika dia hendak pulang ke rumah.
“Ketika bermain bersama rakan lain dalam kawasan sekolah, mangsa memasukkan kon ke kepalanya yang mengakibatkan gagal dikeluarkan,” katanya menurut BH.