Komunis tiada ruang muncul semula di Malaysia, PDRM sentiasa pantau

August 12, 2022 · Isu semasa

Pemantauan berterusan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kegiatan dan tindak-tanduk pengikut fahaman komunisme dilihat berupaya mengekang kemunculan semula aktiviti berkenaan di dalam negara.

Bekas Ketua Pegawai Turus E1M Cawangan Khas PDRM Datuk Abdullah Abdul Hamid berkata bagaimanapun adalah mustahil untuk menghalang mana-mana individu daripada berpegang dengan ideologi itu.

“Saya yakin tiada kemungkinan untuk perkara itu (kegiatan komunis) terjadi sebab ia dipantau Cawangan Khas PDRM. Itu memang kerja mereka.

“Tetapi mustahak untuk generasi sekarang faham bahawa ideologi tidak boleh dihalang. Sesiapa sahaja boleh membaca bahan berkenaan komunisme, asalkan jangan ‘profess’, ajar, pengaruhi orang lain atau angkat senjata menentang kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam program Bicara Perwira anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama PDRM bertajuk Pengorbanan Polis Menentang Pengganas Komunis di Maktab PDRM, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain semasa berucap di program itu berkata perubahan landskap ekonomi dunia dan juga perkembangan teknologi menuntut PDRM memperkukuhkan jaringan keselamatan negara mengikut situasi semasa.

Menurutnya selain jenayah konvensional, PDRM juga berhadapan dengan cabaran baru jenayah transnasional seperti pengubahan wang haram, jenayah siber, penyeludupan manusia, pencerobohan pendatang asing tanpa izin, dadah dan hidupan liar yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

“Pada masa sama, pengalaman mengendalikan ancaman luar jangka membabitkan krisis kesihatan pastinya menjadi pedoman terbaik PDRM untuk kekal relevan dalam memberikan perkhidmatan terbaik selaku agensi penguatkuasa undang-undang tertua di negara ini,” katanya.

Selain Abdullah, turut menjadi panel di program berkenaan adalah Dekan Kanan Kolej Pengurusan dan Kemanusiaan UMP Prof Madya Dr Hassan Ahmad dan peguam Ooi Suan Kim.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
23 jam lalu· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
6 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok